The week before Christmas I made a short trip to KL and managed to squeeze day trips to Seremban and Ipoh.
Remember I wanted to conquer all 14 states in Malaysia? So, a day-trippin' I went to two more states - Negri Sembilan, and Perak.
Remember also that I do not own a camera? (Still considering, that.) These limited pics were taken using my Nokia :D Sufficient-lah hor, to prove that I've stepped foot there. I felt silly trying to snap myself with my handphone so no vain, at-arm's-length self portrait here, folks! :P
Ini Stesen Keretapi Seremban. Tiket KTM Komuter dari KL Sentral berharga hanya RM6 untuk perjalanan selama 1 jam 20 minit, departs every hour. Or was it every half-hour, I can't recall.
Ini Padang Dataran Seremban (something like that), kira di tengah bandar lah. Saya berjalan kaki dari stesen keretapi, took the left. Jauh juga lah berjalan pada hari tersebut.
Ini Bangunan Dewan Undangan Negeri. Cantik-kan senibina Minangkabau? Ia terletak di atas sebuah bukit kecil, kena jalan sikit lah baru boleh nampak.
Church of the Visitation, also di tengah bandar.
Batu Peringatan untuk 'perwira2 kita yang telah gugor' during the wars. Terletak di atas bukit, tepi bulatan depan Bangunan Secretariat (gaya senibina kolonial) yang lama.
Ini dia bangunan kolonial tersebut. Sekarang apparently it's the Library. Tapi the time I went was Hari Ahad so it was closed. Not sure if it's in operations anyway since it was quite sunyi.
Berdepan dengan roundabout atas bukit itu, ini salah satu dari pintu pagar Istana Hinggap (macam istana transit lah). Surely a palace with all those gilded gates.
Masjid Negeri, letaknya kawasan bukit juga, berdepan dengan Seremban Lake Gardens.
On the way down the hill, kelihatan kuil Hindu yang kira agak besar jugalah compared to the KK ones. Ini di sebelah kompleks Seremban Parade, di mana terletaknya Parkson Grand, di mana saya telah sempat meluangkan masa rehat-rehat dan erm, membeli-belah. Sebab tengah ada sale :P
Disebabkan ada masa lagi, saya sempat menaiki bas ke pekan diraja Seri Menanti yang mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan tambang RM3.50. Malangnya, istana dan muzium Seri Menanti terletak jauh terpelosok 7 km dari simpang jalan utama. Jadi niat saya terpaksa dibatalkan. Kira ambil gambar ini sajalah. Boleh lah kan. Menariknya perjalanan bas ini, I got to see the 'countryside' and villages. I also noted a few signboards for 'megalithic sites', where a few small obelisk-like stones can be seen (not to be compared with Asterix's). Tentunya ada archaeological value, tapi sayangnya kurang maklumat.
On another day I made the Ipoh trip :
Ini pula Stesen Keretapi Ipoh, sebuah bangunan lama. I took the ETS dengan tiket berharga RM30 sehala, untuk perjalanan 2 jam 13 minit (according to the announcement la). Keretapi ETS ini sangat selesa, bersih dan masih bau plastik. Maklumlah brand new (launched in August), and probably sebab tiket mahal sikit banyak.
Bangunan Ipoh City Hall, berdepan dengan stesen keretapi. There was a small park in between, sadly not scoring high on the maintenance.
Ipoh got its name from a tree, did you know that? I didn't (what's new). Anyway, inilah pokok Ipoh.
Sebuah Batu Peringatan for our fallen warriors during the wars. I did not expect to see these kind of monuments in Seremban and Ipoh.
This is St Michael's Institution. It looked very very grand I tell you, complete with a beautiful green padang, boleh main cricket. Or maybe even croquet (?). Apparently Dato' Michelle Yeoh went to this school.
I forgot the name of this church. Lokasinya dekat Perpustakaan. A kind contractor undertaking the upgrading works gave me pedestrian directions to go to the city centre.
Saya rasa, restoran makanan segera ini sangat cantik facade-nya. Not sure about the inside.
Bas publik(?) awam di Ipoh mengingatkan saya kepada bas PUT atau TUT atau Luen Thung di KK. Yang besar jenis lama tu.
Saya berjalan-jalan tanpa arah tujuan tapi tidaklah sesat sebab agak mudah mengikuti jalanraya utama. And I realised that Ipoh has very interesting shop signboards like the above. Masih ada lagikah orang yang menggunakan perkataan 'saudagar'?? Not since I last read our history book in school tentang Kesultanan Melaka.
What about this one? Direct to the point. (No equivalent phrase in Malay) :D Yang pasti, itulah merchandise yang dijual oleh kedai tersebut.
Saya ingin berkongsi gambar ini dengan Ms TutyFabregas. Rasanya kedai ini tidak membayar apa-apa jenis royalti kepada kelab tersebut :)
Setelah penat menapak perimeter bandar Ipoh, saya singgah di kedai Lou Wong untuk mencuba sajian ini; iaitu Ipoh Hor Fun (the chicken broth was superb unlike the one in that franchise kopitiam) dan tauge gemuk Ipoh yang terkenal itu. Tauge tersebut hanya dicelur and tossed in sesame oil and soya sauce. Kuantitinya terlalu banyak untuk satu orang, dan saya bukanlah peminat tauge, jadi saya tidak pun menghabiskannya (wasteful I know). Harga keseluruhan amat murah, mata saya terbeliak dan saya hampir terjatuh dari kerusi. Untuk dua sajian ini saya bayar RM4.50, dan untuk minuman air mata kucing ais hanya RM1.30.
Dengan dua lawatan ini, dapatlah saya menutup tirai perjalanan saya untuk tahun 2010, dengan jayanya I must say. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi informasi yang membantu saya in all my travels :)
So, tinggal dua negeri lagi untuk ditawan, iaitu Kedah (technically already-lah if you count Langkawi but I want to step foot on the mainland) dan Perlis. Belum tahu lagi bila, tapi surely dalam perancangan.
You two just wait - I do you next :)
Happy New Year, lovelies! Selamat Tahun Baru!
Nota Kaki :
(i) Inspirasi untuk memblog dalam semi-BM ini datangnya dari mendengar ulasan perlawanan bola sepak semalam di TV1 (Tahniah, Harimau Muda Malaysia!). Buat pertama kalinya saya mendengar istilah 'hantaran lintang' dan 'hantaran pancang'(?) dan lain-lain. I have no idea though, I had to think for a while. Terima kasih kepada guru BM saya di sekolah, usaha cikgu tidak sia-sia jugalah sebab saya rasa saya masih boleh ambil kertas SPM dan lulus dengan distinction, paling teruk pun C3 rasanya :P
(ii) Blog ini ditulis tanpa bantuan Google Translate, okay :)